Nak Berjaya? Korang Wajib Tahu 8 Sikap Yang Ada Kat Orang Berjaya Ni!

Nak Berjaya? Korang Wajib Tahu 8 Sikap Yang Ada Kat Orang Berjaya Ni!

Selalu rasa resah sebab belum sampai tahap 'berjaya' yang korang dah 'set' nak capai?

Tak tahu apa lagi yang perlu buat untuk capai tahap 'berjaya' tu?

Mungkin korang perlu consider belajar & praktiskan apa yang orang-orang yang dah berjaya buat.

Menurut kajian Richard St. John, seorang 'analyst' yang telah melakukan kajian ini selama 10 tahun terhadap individu-individu yang sangat berjaya dalam bidang mereka, beliau mendapati mereka mempunyai sikap-sikap yang 'common' iaitu:

Sikap Orang Berjaya #1 - Passion 

sikap orang berjaya #1.png

Passion, atau dalam bahasa Melayu-nya kita panggil sebagai 'semangat yang membuak-buak' dalam melakukan sesuatu perkara yang kita minati.

Sikap Orang Berjaya #2 - Kerja Keras

sikap orang berjaya #2.png

Dalam setiap perkara yang korang lakukan & nak capai tahap yang berjaya, tiada jalan pintas & mudah melainkan kerja keras.

Ada masa kerja yang kita lakukan bukanlah apa yang kita suka, tetapi kalau kita kekal buat & berterusan kerja keras, lambat laun hasil yang kita capai akan jadi sesuatu yang kita boleh banggakan!

Sikap Orang Berjaya #3 - Fokus

sikap orang berjaya #3.png

Pernah dengar pepatah Inggeris yang berbunyi "Jack of all trades is master of none."

Apa maksud dia?

Mudah, dalam apa saja perkara yang kita lakukan, fokus 100% tumpuan kita kepada kerja tersebut.

Jangan sekejap buka FB, sekajap buka IG, akhirnya kerja entah kemana & satu benda pun kita tak capai.

Sikap Orang Berjaya #4 - 'Push' Diri Sendiri

sikap orang berjaya #4.png

Dalam hidup ni kita ada 2 pilihan:

i. Kita 'push' diri kita sendiri untuk lakukan kerja yang akan bantu kita capai tahap kejayaan yang kita dah set, atau;

ii. Kita yang akan di 'push' ketepi oleh orang lain yang kerja keras lebih daripada kita, dan pada akhirnya kita yang kena tinggal.

Mana satu kita nak pilih?

Tepuk dada, tanya hati. 

Sikap Orang Berjaya #5 - Sentiasa Mencari Idea Baru

sikap orang berjaya #5.png

Orang yang berjaya sentiasa memikirkan idea-idea baru yang mana dengan idea tu ianya akan membantu mereka untuk mencapai impian mereka.

Kita takkan merasa pergi ke negara luar tanpa idea yang Abbas ibn Firnas fikirkan & lakukan yang akhirnya menjadikan manusia boleh terbang.

Sikap Orang Berjaya #6 - Sentiasa Naiktaraf Diri

sikap orang berjaya #6.png

Orang yang berjaya sentiasa berfikiran terbuka untuk mencari cara bagaimana nak 'naiktaraf' atau 'improve' diri mereka sendiri.

Macam mana nak improve diri sendiri?

Kalau rasa diri masih kurang ilmu dalam satu-satu perkara, tambahkanlah ilmu melalui pembacaan, tonton video, belajar dari mentor & sebagainya.

Orang berjaya akan sentiasa cari jalan untuk tambah nilai dalam diri mereka sendiri.

Ini kerana bagi mereka, hari ini adalah 100% berbeza dari hari semalam, dan pastinya hari ini mestilah lebih baik daripada hari-hari yang sebelumya.

Sikap Orang Berjaya #7 - Sentiasa Memberi

sikap orang berjaya #7.png

Memberi disini bukan hanya terhad kepada duit.

Duit adalah salah satu daripada 'nilai' yang kita boleh beri. 

Tetapi ada 1,001 satu lagi benda yang kita boleh lakukan untuk memberi nilai kepada orang lain.

Macam artikel ni, ini salah satu cara Telekung.co untuk terus menambah nilai kepada pembaca kami.

Dan kami tak perlu pun keluarkan sesen untuk hasilkan artikel ini.

Jadi, buat korang, apa yang kita kena lakukan adalah, setiap hari, fikirkan cara macam mana untuk kita terus memberi nilai kepada orang sekeliling kita.

Mungkin harini kita start dengan orang sekeliling (ahli keluarga, kawan-kawan), tetapi kalau kita kekal konsisten, in sha Allah di masa akan datang nilai yang kita berikan tu akan sampai ke tahap seluruh umat manusia di dunia.

Jadi, teruskan memberi!

Sikap Orang Berjaya #8 - Tak Kenal Putus Asa

sikap orang berjaya #8.png

Mungkin perkataan 'putus asa' itu langsung tiada dalam kamus orang-orang berjaya.

Kegagalan bagi mereka bukanlah penamat buat segalanya-galanya, ianya lebih kepada 'feedback' kepada mereka untuk terus mencuba.

Jadi, korang yang baru sekali gagal dalam melakukan sesuatu, jangan cepat mengalah.

Belajar dari kegagalan, dan dari situ kita akan elak dari melakukan kesilapan yang sama.

Lama-lama kelamaan, in sha Allah kejaayan itu pasti akan datang.

Jadi, buat korang yang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai setiap sikap yang kami kongsikan kat atas ni, boleh cari buku kat bawah ni di kedai buku yang berdekatan.

Tajuknya "The 8 Traits Successful People Have in Common":

8 traits book.png